Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Tiada pengakuan bersalah oleh Ibu Zayn Rayyan tapi ada keterangan lain – peguam

Ibu Zayn Rayyan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk tujuan direkod pengakuan bersalah di depan Majistret.

PETALING JAYA – Tiada pengakuan bersalah direkodkan daripada ibu Zayn Rayyan Abdul Matiin dalam prosiding tertutup di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini.

Sebaliknya, wanita berusia 29 tahun yang meninggalkan Kompleks Mahkamah di sini pada pukul 12.50 hanya memberi keterangan.

Peguam kepada ibu Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat berkata, beliau percaya keterangan oleh OYDS (orang yang disyaki) pada hari ini sesuatu yang di dianggap orang di luar sana.

“Kehadiran OYDS pada prosiding tertutup ini adalah untuk penyiasat PDRM merekodkan sekiranya ada sebarang pengakuan mengaku bersalah yang perlu dibuat di depan tuan Majistret.

“Tetapi pihak ibu mangsa tidak ingin membuat sebarang pengakuan, sebaliknya apa yang dilakukan OYDS adalah membuat satu kenyataan yang amatlah bercanggah dengan apa yang diwar-warkan di luar sana,” katanya ketika ditemui media di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Mengulas mengenai proses dan tujuan ‘merekod pengakuan bersalah’ mengikut Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950, Mahmud menjelaskan, sebarang pengakuan bersalah yang direkodkan di luar mahkamah (depan polis) tidak boleh digunakan di dalam mahkamah.

Namun dalam kes ini, tambah Mahmud, ibu mangsa memilih untuk tidak membuat pengakuan bersalah.

“Kertas siasatan saya percaya sudah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya, sekiranya pihak pendakwaan mempunyai asas untuk menuduh kedua-dua OYDS ini, esok adalah hari penentuan untuk mereka dituduh.

“Sekiranya pihak pendakwaan memilih untuk tidak meneruskan dengan pendakwaan, mungkin siasatan lanjut diperlukan dengan kedua-dua OYDS ini perlu dilepaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Sementara itu salah seorang daripada kakak ibu Zayn Rayyan yang ditemui media di lokasi sama, memberi gambaran ‘ada khabar gembira’ mengenai perkembangan kes yang dihadapi ahli keluarganya.

“Alhamdulillah insyallah akan ada (gembira)…untuk satu Malaysia,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button