Agama

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 17 Jun ini

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button