Berita Semasa

Rosmah tiba di Istana Kehakiman

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kompleks Istana Kehakiman pagi ini, bagi mengikuti perkembangan kes suaminya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam cubaan beliau membatalkan sabitan bersalah ke atasnya dalam kes rasuah membabitkan RM42 juta dana daripada SRC International Sdn Bhd (SRC).

Rosmah, 70, yang juga isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tiba pada jam 9.51 pagi memakai baju berwarna hijau dan berselendang kuning.

Beliau kelihatan tenang sambil pengamal media merakam gambar dan videonya, sebelum masuk mahkamah, dengan diiringi beberapa anggota polis.

Terdahulu, Najib Razak tiba di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya  pada jam 8.31 pagi menaiki kereta Proton X70 sambil diiringi polis pengiring bagi menyambung prosiding membatalkan sabitan bersalah ke atasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button