Berita SemasaSukan

Chelsea teruskan rentak kemenangan, rampas slot UEL

LONDON – Chelsea meneruskan rentak kemenangan mereka pada penghujung musim Liga Perdana Inggeris (EPL) ini dengan kemenangan dramatik 2-1 ke atas Brighton & Hove Albion di Stadium Amex pada awal pagi tadi.

Gol daripada Cole Palmer dan Christopher Nkunku sudah memadai untuk pasukan kendalian Mauricio Pochettino meraih tiga mata.

Kemenangan itu melonjakkan mereka ke tangga keenam selepas Newcastle tewas kepada Manchester United, untuk merampas kedudukan ke saingan UEFA Liga Europa.

Gol pertama datang pada minit ke-34 apabila Cole Palmer meledak gol pembukaan melalui tandukan padu yang terus menerjah ke gawang Brighton.

Brighton terkenal dengan corak permainan menyerang mereka, cuba bangkit dengan serangan namun dapat dipatahkan oleh pertahanan Chelsea sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan terus mencari gol dengan Chelsea terlihat lebih banyak bertahan.

Christopher Nkunku dibawa masuk Chelsea pada minit ke-42 disebabkan kecederaan Mykhailo Mudryk yang mengalami pelanggaran.

Namun, beliau kembali ke dalam pasukan tidak menunggu lama menunjukkan ketajamannya untuk menyudahkan peluang hasil hantaran Malo Gusto di hadapan gawang Brighton pada minit ke-64.

Kemenangan ini meletakkan Chelsea di tangga keenam liga, memberikan harapan kepada mereka untuk layak ke pertandingan Eropah musim depan.

Jurulatih Chelsea Mauricio Pochettino berkata, beliau  berpuas hati terhadap prestasi anak buahnya kebelakangan ini.

“Saya amat berbangga dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh pasukan.

“Kami akan terus berjuang hingga perlawanan terakhir dan berharap dapat mencapai sasaran kami.” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Chelsea kini berada dalam posisi yang baik untuk mengakhiri musim ini dengan penuh bergaya setelah dikritik hebat pada awal musim.

Show More

Related Articles

Back to top button