Berita SemasaSukan

Dek Wan sambar pingat emas Kejohanan Para Dunia

KUALA LUMPUR – Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya menyambar pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia Marrakech di Maghribi hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 yang lebih mesra dipanggil “Dek Wan” itu mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan wakil Oman, Taha Al Harrasi (12.65s) yang membawa pulang perak di Grand Stadium Marrakech.

Pingat gangsa pula menjadi milik rakan senegara, Ahmad Fizzi Rosni yang mencatat masa 12.72s.

Dalam pada itu, seorang lagi wakil negara Muhamad Afiq Mohamad Ali memperoleh gangsa bagi acara 100m T12 (kecacatan fizikal) dengan mencatat masa 11.45s selepas ditinggalkan pelari tuan rumah Mouncef Bouja (Emas) dan wakil Nigeria, Temitope Olusesan (Perak).

Sementara itu, atlet para Mohammad Zikri Zakaria meraih pingat perak bagi acara lontar peluru F55/56 (berkerusi roda) selepas menyempurnakan lontaran sejauh 9.61 meter (m) dengan 780 mata.

Pingat emas dimiliki atlet dari Armenia, Sargio selepas berjaya membuat lontaran sejauh 11.23m dengan kutipan 924 manakala Mukan Aitmyrzayev dari Kazakhstan meraih pingat gangsa selepas membuat lontaran 9.62m dengan 733 mata.

Show More

Related Articles

Back to top button