
Penembak remaja China jelmakan emas dalam acara 10m air rifle berpasukan campuran
PARIS – Penembak remaja China, Huang Yuting dan Sheng Lihao berjaya merangkul pingat emas pertama Olimpik 2024 menerusi acara 10 meter (m) air rifle berpasukan campuran.
Dalam pusingan akhir di Pusat Menembak Kebangsaan Perancis, Chateauroux, pasangan China tersebut berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan, Keum Ji-hyeon dan Park Ha-jun dengan keputusan 16-12.
Untuk rekod, Lihao,19, pernah meraih pingat perak dalam acara 10m air rifle individu pada Tokyo 2020, manakala Yuting,17, pula baharu membuat penampilannya dalam temasya kali ini.
“Peluang beraksi di pentas Sukan Olimpik merupakan satu kesempatan yang jarang diperoleh dan hadir dalam hidup seseorang atlet.
“Saya tekad bergerak ke hadapan merebut peluang ini, konsisten, dan tidak berputus asa sepanjang proses itu, tanpa meninggalkan sebarang penyesalan untuk diri saya sendiri,” kata Huang Yuting selepas menyambar slot ke Paris 2024.
Penembak Kazakhstan, Alexandra Le dan Islam Satpayev berjaya meraih pingat gangsa selepas menewaskan gandingan Jerman, Anna Janssen dan Maximilian Ulbrich.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |