Berita SemasaSukan

Sepak Takraw Piala Dunia 2024: Malaysia dapat laluan mudah

KUALA LUMPUR – Pasukan sepak takraw negara akan melalui jalan mudah di peringkat kumpulan dalam pertandingan Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2024.

Acara ini akan berlangsung pada 18 Mei hingga 26 Mei di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Acara premier yang disertai 12 pasukan bagi regu, double dan berpasukan telah diundi untuk mendapatkan kumpulan hari ini.

Bagi acara regu pasukan negara telah diundi bersama China dan Brunei dalam kumpulan B, manakala juara pada edisi yang lalu pasukan Thailand diundi bersama Vietnam dan Indonesia dalam kumpulan A pada edisi kali ini.

Dalam acara regu ini juga Korea akan beraksi dalam kumpulan C, bersama Filipina dan Singapura, manakala kumpulan D, India akan berhadapan Jepun dan Myanmar.

Bagi acara regu dan berpasukan, Malaysia turut diundi bersama Brunei dan Jepun.

Sembilan pasukan yang berada di kategori divisyen 1 akan bertanding dalam dua acara regu dan regu, ianl melibatkan penyertaan dari negara seperti Arab Saudi, Taiwan, Sri Lanka, Pakistan, Bangladesh, Iran, Nepal, Perancis dan Jerman.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Redzuan berkata, Malaysia amat bertuah telah menjadi tuan rumah untuk edisi kali ini.

“Ia juga memberi sedikit kelebihan kepada pasukan negara apabila beraksi dalam kejohanan itu nanti.

“Ini adalah kali ke dua Malaysia menjadi tuan rumah setelah kali terakhir pada tahun 2011,” katanya.

Sumali turut berkata, tiket akan dijual secara atas talian dan juga di lokasi pertandingan dengan harga RM10 pada pusingan kumpulan, RM15 di peringkat separuh akhir dan RM20 pada perlawanan akhir nanti.

“Selain daripada itu karnival turut diadakan di sekitar stadium Titiwangsa sepanjang acara tersebut berlangsung.

“Pasti ramai peminat sepak takraw teruja dengan acara World Cup yang julung kali diadakan di sini dan jemput beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan negara kita nanti,” katanya lagi.

Kejohanan ini menerima tajaan daripada jenama Marathon yang menyediakan kelengkapan sepenuhnya dan ISTAF turut menaja sebahagian daripada sistem video bantuan pengadil yang dibawa masuk dari Thailand.

Show More

Related Articles

Back to top button