Jenayah & Mahkamah

Peguam wakili lelaki Israel enggan jawab pertanyaan bagaimana boleh wakili tertuduh

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili lelaki Israel yang didakwa dengan pertuduhan pemerdagangan senjata api dan pemilikan peluru, enggan menjawab persoalan bagaimana beliau boleh mewakili tertuduh.

Peguam Navinjit Singh ditanya pemberita sama ada terdapat pihak yang menghubunginya atau firma guamannya bagi mewakili Avitan Shalom,38, yang didakwa mengikut Seksyen gagal 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan 8(1) Akta Senjata 1960.

Bagaimanapun peguam itu yang ditemui selepas prosiding pendakwaan berkata beliau tidak boleh mendedahkan perkara berkenaan.

Selain Navinjit, Avitan turut diwakili peguam Jeffrey Ooi.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, seramai tujuh individu masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, enam lagi individu yang ditahan berkaitan kes berkenaan pula sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan dilengkapkan.

“Lelaki warga Israel berkenaan mengaku tidak bersalah atas pendakwaan dibuat terhadapnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memperdagangkan enam senjata api dan memiliki 158 peluru.

Show More

Related Articles

Back to top button