Jenayah & Mahkamah

Pemandu bas rentung dalam pertembungan dengan treler di Gurun

GURUN – Seorang pemandu bas ekspres rentung selepas bas dipandu bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 75.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini awal pagi ini.

Dua penumpang bas dilaporkan cedera manakala seorang pembantu pemandu bas dan pemandu lori treler selamat dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Fauzi Razali berkata, panggilan kecemasan diterima pihaknya pada pukul 4.02 minit pagi dengan jentera tiba di lokasi 17 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah lori treler. Kemalangan menyebabkan bas ekspres berkenaan terbakar,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, pemandu bas berusia 42 tahun itu rentung dalam kejadian tersebut.

“Operasi melibatkan 18 anggota dan pegawai dari BBP Guar Chempedak, BBP Amanjaya dan BBP Pendang.

“Api berjaya dipadamkan kira-kira pukul 4.37 pagi,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button