Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemandu ambulans, jururawat parah kemalangan langgar lori tepi jalan

BETONG – Seorang pemandu ambulans dan jururawat parah selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Skrang, dekat sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.24 pagi sebelum menggerakkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan sebuah van ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) yang melanggar belakang lori treler yang berhenti di bahu jalan.

“Kedua-dua mangsa yang berada di dalam kenderaan itu mengalami cedera parah,” katanya.

Katanya, ketika bomba tiba di lokasi, mangsa telah dikeluarkan dari kenderaan dan kemudian dihantar ke Hospital Sri Aman dan seorang lagi ke Hospital Betong.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button