Luar Negara

Insiden tembakan rambang, Polis Maine tahan suspek utama

16 mangsa difahamkan terbunuh, 50 lagi cedera

LEWISTON – Pihak polis Maine dilaporkan berjaya menahan seorang lelaki disyaki suspek utama kejadian tembakan rambang di bandar ini, pada malam Rabu.

Dalam kejadian tembakan itu, sekurang-kurangnya 16 orang difahamkan terbunuh manakala lebih 50 lagi cedera.

Polis Maine sebelum ini melaporkan terdapat penembak aktif dipercayai bersenjatakan selaras raifal dan Pejabat Syerif Daerah Androscoggin menyiarkan dua gambar suspek di media sosial, mengatakan dia masih bebas.

“Terdapat penembak aktif di Lewiston. Kami meminta orang ramai untuk berlindung di tempat selamat.

“Sila tinggal di dalam rumah anda dengan pintu terkunci. Penguatkuasa undang-undang sedang menyiasat di beberapa lokasi,” kata polis negeri Maine di platform media sosial X.

Syerif daerah meminta bantuan orang ramai mengenal pasti suspek yang digambarkan, seorang lelaki berjanggut berbaju lengan panjang dan berseluar jeans memegang senapang dalam posisi menembak.

The Sun Journal, memetik jurucakap polis Lewiston melaporkan, tembakan berlaku di tiga premis perniagaan berasingan di Sparetime Recreation, Restauran Schemengees Bar & Grille dan pusat pengedaran Walmart.

Show More

Related Articles

Back to top button