Berita Semasa

PM jawab isu DNAA Ahmad Zahid di Parlimen esok

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjwab semua persoalan mengenai keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, esok.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat, hari ini.

Kata Azalina, sesi itu berkemungkinan akan berlangsung pada pukul 2.30 petang.

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘good’ itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya Allah pukul 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika Anwar memasuki Dewan Rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button