Berita Semasa

ICWC 2024 angkat Malaysia sebagai hab kebudayaan dunia

KUALA LUMPUR – Intercontinental World Cultures (ICWC) 2024 terus memainkan peranan penting sebagai hab budaya, seni dan diplomasi global yang menyatukan negara dari seluruh dunia.

Diadakan selama tiga hari di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), acara yang telah melabuhkan tirainya pada semalam itu disertai oleh lebih 40 negara.

Penganjur, Udsmedia Sdn. Bhd. dalam kenyataan memaklumkan, ICWC menjadi platform penyatuan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan, mencetuskan hubungan dan komunikasi yang bergema menjangkaui sempadan.

“Sebagai pesta kebudayaan dan komunikasi, misi ICWC 2024 untuk memperjuangkan pandangan budaya dan komunikasi secara inklusif sebagai nadi komuniti global yang bersatu.

“Ini bukan acara biasa buat pengunjung kerana ia menjanjikan pengalaman baharu mengenali dunia luar melalui pemandangan, bunyi dan cerita.

“Daripada pameran yang menarik perhatian, barisan panel yang menimbulkan pemikiran selain persembahan pentas, ICWC 2024 pasti akan membuatkan pengunjung yang hadir akan terpikat,” katanya sambil menambah

Tambahnya, ICWC yang dianjurkan buat tahun kedua sempena Smart Nation Expo 2024 itu menampilkan pameran antarabangsa yang menyerlahkan tradisi unik, inovasi dan kisah negara di seluruh dunia selain persidangan antarabangsa.

Persembahan kebudayaan tradisional antara tarikan di ICWC 2024.

Persidangan itu menghimpunkan pemimpin industri dan pakar budaya membincangkan bagaimana budaya boleh menjadi penggerak dalam komunikasi dan pertumbuhan ekonomi.

Mengulas lanjut, Penganjur berkata, selain itu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dengan tarian tradisional, muzik dan seni yang melukiskan gambaran kekayaan warisan dunia.

Menurutnya lagi, pertunjukan gabungan fesyen pula menampilkan reka bentuk yang memberi penghormatan kepada Malaysia untuk diperkenalkan di mata dunia.

Selain itu, ICWC turut diserikan pertunjukan fesyen pakaian tradisional oleh Malaysian Global Runaway menyaksikan kemunculan iMrs Diva International 2022 dan Naib Juara Mrs International Glam Icon 2022 memperagakan pakaian tradisional.

“Turut diadakan forum pendidikan yang mengadakan perbincangan bernas bagi meneroka kepentingan literasi budaya dan dialog antara budaya selain pertandingan sajak yang menyuntik semangat ekspresi budaya.

“Tidak dilupakan, persembahan Istimewa daripada Ikon Pop Etnik iaitu Noraniza Idris,” katanya.

Lebih 40 negara menyertai ICWC 2024 yang menjadi jambatan perpaduan menerusi pesta seni budaya dan komunikasi.

Penganjur memberitahu, ICWC 2024 juga bukan sekadar acara namun gerakan yang merangkumi budaya sebagai tonggak penting dalam kemajuan komunikasi.

“Para hadirin telah mendapat ilham daripada tenaga pengalaman yang terlibat dalam dialog yang mampu memupuk empati dan hubungan.

“Ini kerana ICWC 2024 bertujuan untuk mempromosikan dunia di mana celik budaya adalah norma bagi membina jambatan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian sama ada buat peminat budaya dunia, pemimpin perniagaan dan pengunjung yang hadir untuk sekadar ingin tahu,” katanya.

Maklumat lanjut ICWC 2024 boleh dilayari di https://smartnationexpo.org/

Show More

Related Articles

Back to top button