Berita Semasa

KKM tarik semula jualan produk sos pasta berkrim carbonara Prego

BANGI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana didapati telah rosak dan boleh menjejaskan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM telah menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn. Bhd. yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim carbonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tanda-tanda kerosakan seperti bau yang tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.

“Pihak syarikat telah mengenalpasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela,” menurut kenyataan di laman web kementerian itu hari ini.

Produk yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Carbonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22:18 hingga 23:20.

KKM berkata, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kini sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.

Sehubungan itu, penjual KKM mengarahkan penjualan produk terlibat dihentikan serta-merta manakala pengguna yang telah membeli diminta tidak memakan produk tersebut.

“Bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan,” katanya.

Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu ini boleh ditujukan kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau menyalurkan maklumat melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di www.facebook.com/bkkmhq

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button