Berita SemasaDalam Negeri

Kakitangan awam Selangor terima bonus 2 bulan gaji – MB

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan perkhidmatan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, insentif tambahan ini diberikan sebagai mengiktiraf sumbangan serta kerja keras penjawat awam yang membantu mempertingkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

“Pemberian ini adalah tambahan kepada BKK sebanyak satu setengah bulan gaji yang diterima sebelum ini,” katanya ketika menutup pembentangan Belanjawan Selangor 2025 di Dewan Negeri Selangor, petang tadi.

Menurut Amirudin, pembayaran BKK kali ini akan dilakukan secara berperingkat dengan satu bulan gaji dijadualkan dibayar pada 31 Disember nanti manakala baki satu bulan lagi akan disalurkan pada 25 Mac tahun depan bagi membantu persiapan sambutan Aidilfitri.

Show More

Related Articles

Back to top button