Bapa calon BN Mahkota ditidurkan
KLUANG – Bapa kepada calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Syed Hussein Syed Abdullah yang kini dirawat di hospital terpaksa ditidurkan.
Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan di Facebooknya malam tadi.
“Saya mohon doa kepada semua sahabat saya agar mendoakan ayah saya Syed Abdullah agar diberi kekuatan kerana ketika ini beliau disyorkan oleh pihak doktor untuk ditidurkan.
“Tiada apa yang mampu saya mohon selain doa semua sahabat,” katanya.
Menurut sumber, Syed Abdullah dipercayai ditidurkan akibat komplikasi kanser.
Syed Hussein, 40, semalam diumumkan sebagai calon yang akan bertanding sebagai calon pada PRK DUN Mahkota pada 28 September ini oleh Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
PRK DUN Mahkota diadakan berikutan kematian ADUN terdahulu, Allahyarham Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.