Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kemuka dokumen tuntutan palsu, SPRM reman seorang lagi pengarah syarikat

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan reman seorang lagi pengarah syarikat disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia yang bernilai kira-kira RM 1.1 juta.

Perintah reman selama lima hari itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi tadi.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Selangor.

“Suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2023 dengan mengemukakan dua permohonan kuota seramai 600 pekerja asing oleh syarikat berkenaan sedangkan pembekalan tenaga kerja bagi projek yang dikemukakan tidak wujud.

“Dua permohonan ini melibatkan pembayaran levi kira-kira RM 1.1 juta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button