Berita Semasa

Diana Danielle fail permohonan cerai kali kedua terhadap Farid Kamil

KUALA LUMPUR – Pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 32, hari ini memfailkan permohonan cerai kali kedua terhadap suaminya, pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari, 43, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Diana yang berjubah hitam tiba di mahkamah sekitar pukul 9.30 pagi dengan ditemani peguamnya untuk memfailkan permohonan berkenaan.

Bagaimanapun, Farid tidak hadir ke mahkamah pada waktu itu.

Permohonan cerai itu dibuat di tengah-tengah dakwaan yang timbul apabila Farid menyatakan pasangan tersebut masih lagi tinggal sebumbung dan menjalin hubungan suami isteri seperti biasa.

Beliau turut menegaskan bahawa konflik yang melanda rumah tangga mereka hanyalah perselisihan faham kecil dan tidak menjejaskan hubungan mereka.

Pada 28 Oktober lalu, Diana mengejutkan orang ramai apabila sekali lagi mengumumkan akan menfailkan cerai terhadap suaminya selepas kecewa dengan perangai Farid.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan telah dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad yang berusia 11 tahun dan Nur Aurora, 9.

Pada tahun lalu, mereka pernah mengalami krisis rumah tangga yang memuncak hingga mengakibatkan perceraian talak satu melalui sidang Google Meet pada 10 Ogos.

Namun, mereka kembali rujuk sebulan kemudian.

Show More

Related Articles

Back to top button