Berita SemasaLuar Negara

Buaya terbesar di dunia mati pada usia lebih 110 tahun

SYDNEY – Seekor buaya Australia yang memegang rekod dunia sebagai buaya terbesar dalam kurungan, dilaporkan sudah mati pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Reuters, buaya yang diberi nama Cassius serta mempunyai berat lebih dari satu tan itu mengalami kemerosotan kesihatan sejak 15 Oktober lalu.

“Ia sudah sangat tua dan dipercayai hidup melebihi usia buaya liar.

“Cassius akan sangat dirindui, tetapi kasih sayang dan kenangan terhadapnya akan kekal dalam hati kami selamanya,” kata Habitat Buaya Marineland Melanesia di Facebook.

Cassius mempunyai berat lebih dari satu tan.

Sebagai rekod, Cassius meruapakan buaya air masin yang memegang gelaran Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai buaya terbesar dalam kurungan di dunia.

Cassius dipercayai berusia lebih dari 110 tahun dan memiliki panjang 5.48 meter (m).

Buaya itu meraih gelaran berkenaan selepas kematian buaya Lolong dari Filipina pada 2013, yang diukur sepanjang 6.17 m, menurut GWR.

Show More

Related Articles

Back to top button