Menteri Dalam Negeri sertai Persidangan dan Pertunjukan Milipol Qatar
PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tiba di Doha, Qatar bagi memenuhi jemputan kerajaan Qatar untuk menghadiri Persidangan dan Pertunjukan Milipol Qatar 2024 yang bermula semalam hingga 30 Oktober ini.
“Sejurus tiba saya bertemu rakan sejawat saya, Sheikh Khalifa Hamad, Minister of State for Inferior Affairs Qatar di dalam satu perbincangan dua hala.
“Kami berbincang mengenai pengukuhan kerjasama terkait jenayah rentas sempadan termasuk usaha kolaboratif dalam memanfaatkan sumber dan maklumat bersama,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
Dalam pada itu, katanya, beliau turut memaklumkan tentang kepengerusian Kementerian Dalam Negeri bagi Kluster Keselamatan ASEAN-GCC Summit 2025.
“Antara acara utama di bawah kepengerusian Malaysia adalah ASEAN-GCC Summit 2025 dan saya menjemput Qatar untuk menyertai sidang kemuncak ini,” katanya.