Berita SemasaDalam Negeri

Mindef perkukuh kerjasama pertahanan, termasuk penyelidikan teknologi dengan Itali

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kerjasama Pertahanan Malaysia-Itali (JCM) yang diadakan di Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang, semalam memberi tumpuan kepada beberapa kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan di media sosial berkata, selain perbincangan dalam kolaborasi pertahanan, mesyuarat turut membincangkan peluang penyelidikan dalam bidang teknologi pertahanan antara Malaysia-Itali.

Dalam pertemuan itu, Mindef diwakili Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Mohd Yani Daud manakala Itali diwakili Pengarah Persenjataan Udara dan Kelayakan Udara Itali, Leftenan Jeneral Giuseppe Lupoli.

JMC antara Malaysia-Itali yang diadakan di Pusat Hidrografi Nasional, Pelabuhan Klang, semalam

“Mesyuarat ini merupakan platform kerjasama strategik antara Malaysia dan Itali untuk membincangkan kerjasama sedia ada serta meneroka peluang baharu antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan Mindef.

Penganjuran JCM kali ke-17 itu diadakan bersempena dengan kunjungan kapal pelbagai fungsi Tentera Laut Itali, ITS Montecuccoli ke Pelabuhan Klang.

Dalam rangka lawatan tersebut, Mohd Yani telah mengadakan lawatan rasmi ke atas kapal tersebut di mana beliau bertemu dengan Lupoli dan turut merasmikan Hari Industri Pertahanan Malaysia-Itali.

 

Show More

Related Articles

Back to top button