PM X

PM ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake yang terpilih sebagai Presiden Sri Lanka yang baharu.

“Tahniah kepada Presiden Anura Kumara Dissanayake dan Sri Lanka atas kejayaan pilihan raya mereka. Berharap untuk memperbaharui ikatan persahabatan dengan Sri Lanka dan bekerjasama demi kepentingan rakyat,” kata Anwar dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Dissanayake pemimpin People’s Liberation Front (JVP) dan perikatan National People’s Power (NPP), mengangkat sumpah jawatan di Sekretariat Presiden di Colombo semalam, selepas memperoleh 42.31 peratus undi dalam pilihan raya pada Sabtu lalu.

Kemenangan ahli politik berusia 55 tahun itu, sekali gus menunjukkan perubahan besar dalam politik Sri Lanka, dengan fokus kepada keadilan sosial dan reformasi ekonomi.

Show More

Related Articles

Back to top button