Pelajar terjebak pornografi, sentuhan sulit di asrama, kini ketagih hubungan sejenis
KUALA LUMPUR – Seorang ibu mendedahkan bagaimana pergaulan intim dan bebas yang bermula di asrama sekolah menjadi punca anak lelakinya terjebak dalam hubungan sejenis.
Tidak cukup dengan aktiviti tidak bermoral sesama rakan di asrama, pelajar berkenaan kemudian terjerumus dengan aplikasi gay untuk mencari lebih ramai pasangan bagi memuaskan nafsunya.
Itu antara pengakuan yang dikongsikan oleh ibu bapa seorang pelajar pintar bernafsu songsang sebelum mengambil keputusan untuk memasukkan anak mereka ke institusi pengajian tersebut sebagai ‘jalan pintas’.
Kisah itu diceritakan semula oleh pempengaruh popular, Mohd Fadli Salleh daripada perkongsian oleh penceramah isu seksual kanak-kanak, Akhir Fairuz Al-Jengkawi dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Mohd Fadli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fadli berkata, bermula dengan gurauan berbentuk sentuhan di bahagian alat sulit, pergaulan bebas anak-anak di asrama menjadi pencetus kepada aktiviti tidak bermoral seperti homoseksual.
“Awalnya sekadar bergurau dengan kawan, sentuh private part satu sama lain. Bila dah jadi kebiasaan, lama-lama dia onanikan kemaluan kawan. Sampailah dia jadi seronok! Nauzubillah!
“Bila sekolah dapat tahu, mereka beri dua pilihan kepada si ibu, sama ada nak digantung atau pindah sekolah. Si ibu keluarkan anak dan pindah ke sekolah harian,” katanya.
Menurut cerita ibu pelajar berkenaan, masalah itu mula timbul selepas anaknya mengalami ketagihan pornografi sejak berusia 13 tahun.
“Bila dah ketagih, dia selalu terbayang. Bila dah terbayang, mula rasa nak pegang alat sulit kawan-kawan. Yang kawannya pula langsung tak mengelak, melayan je. Habis rosak!,” katanya Cikgu Fadli.
Tambahnya, selain menjadikan rakan seasrama sebagai pemuas nafsu, pelajar berkenaan kemudian ‘meluaskan’ tuntutan nafsu songsangnya dengan mencari pasangan baharu di aplikasi gay.
“Kini si ibu terjumpa pula perbualan lucah si anak bersama seorang lelaki dewasa yang ditemuinya di dalam apps gay.
“Penuh dengan ayat-ayat mesra, luah yang dirinya sangap, sanggup bayar servis untuk puaskan nafsu dan siap rancang bila nak bertemu,” katanya.
Di dalam perkongsian itu, Akhir Fairuz Al-Jengkawi yang merupakan penulis asal mengingatkan orang ramai bahawa pusat tahfiz bukanlah penyelesaian kepada masalah akhlak seperti itu dan tidak pernah beroperasi sebagai pusat rawatan.
Bahkan katanya, tindakan ibu bapa menghantar anak yang bermasalah ke pusat berkenaan hanya akan membahayakan pelajar-pelajar lain.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar anak-anak seperti itu dirujuk dengan kaunselor, terapis atau psikiatris.