Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Pemandu bas cabul penumpang ketika tidur direman

KEMAMAN – Seorang lelaki yang bekerja sebagai pemandu kedua di sebuah syarikat bas ekspres didakwa atas tuduhan mencabul seorang penumpang wanita ketika mangsa sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek yang berusia 28 tahun itu ditahan di Kuala Terengganu, kira-kira pukul 5 petang semalam.

Katanya, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas mangsa yang berusia 23 tahun membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan Baru sebaik tiba di Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Kejadian dipercayai berlaku di Plaza Tol Chukai, Kemaman, pada pukul 11.30 malam ketika mangsa menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur.

“Mangsa yang bekerja sebagai jurujual di Marang Terengganu itu mendakwa kejadian berlaku di tingkat atas bas terbabit ketika dia sedang tidur,” katanya memetik laporan Buletin TV3 hari ini.

Sehubungan itu, suspek direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button