Berita SemasaPolitik

Muhyiddin pertahan berceramah ikut fakta, tiada niat hina institusi Raja

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempertahankan ucapannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini sebagai menyatakan fakta dan tidak berniat untuk menghina institusi Raja.

Bagaimanapun Muhyiddin menegaskan video ucapan beliau itu telah disunting dengan niat untuk memfitnah bagi menampakkan beliau menghina Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah dan menghasut rakyat supaya membenci Raja.

“Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat untuk menghina institusi Raja di negara ini.

“Ia adalah ucapan kempen pilihan raya di mana saya menyatakan fakta-fakta mengenai penubuhan kerajaan selepas PRU-15 secara sepintas lalu.

“Kemudian saya menceritakan mengenai kesusahan hidup rakyat disebabkan dasar-dasar kerajaan yang menekan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang dikongsi di laman Facebooknya itu, Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan beliau telah memberikan kerjasama penuh kepada polis ketika diambil kenyataan.

“Saya telah menjelaskan tuduhan ke atasnya adalah tidak benar dan berniat jahat.

“Tidak ada sepatah perkataan pun dalam ucapan saya yang menghina Raja atau mempertikai keputusan Yang Di-Pertuan Agong pada masa itu.

“Saya hanya menyatakan fakta mengenai 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU-15.

Sehubungan itu katanya, beliau telah menyerahkan beberapa dokumen kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Polis juga menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak termasuk.

Sebelum itu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan atas tindakan Muhyiddin yang dilihat secara sengaja dan sinis mempertikaikan peranan Al-Sultan Abdullah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Show More

Related Articles

Back to top button