[VIDEO] Larian Keluarga Malaysia 2024 terus terima sokongan pelbagai pihak
PUTRAJAYA – Larian Keluarga Malaysia (LKM) 2024 terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak tanpa mengira agama, bangsa dan politik.
Antara yang sudah mengesahkan penyertaan dalam larian yang julung kali dianjurkan oleh Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) ini adalah bekas Ahli Parlimen Bangi dan Timbalan Menteri MITI, Dr Ong Kian Ming yang sudah mengesahkan penyertaan beliau dalam kategori 10KM.
Jom meriahkan Larian Keluarga Malaysia di Persiaran Flora, Cyberjaya pada 29 Sept ini pic.twitter.com/lARwozTQPG
— Malaysia Tribune (@Msia_Tribune) August 21, 2024
Beliau berkata, penyertaan beliau adalah manifestasi bahawa tiada jurang agama dan bangsa dalam usaha mengukuhkan perpaduan di negara ini dan untuk membantu golongan yang ada keperluan mendesak.
“Satu contoh dan inisiatif yang baik oleh YKM, melalui LKM 2024, untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu yang terkesan akibat Pandemik COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau yang sekarang memegang jawatan sebagai Pro-Naib Canselor untuk Perhubungan Luar di Taylor’s Universiti, turut mengajak orang ramai untuk menyertai acara larian tersebut.
“Penyertaan anda dalam larian ini penting bagi membantu anak-anak di bawah tanggungan YKM terus terbela,” katanya lagi.
Larian yang julung kali dianjurkan oleh Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) ini akan berlangsung pada 29 September 2024 di Persiaran Flora, Cyberjaya.
LKM 2024 merupakan satu inisiatif bagi mengumpul dana untuk membantu anak-anak yatim dan yatim piatu COVID-19, dan juga bertujuan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
Pengesahan penyertaan LKM 2024 boleh dibuat melalui laman web Ticket2u – Larian Keluarga Malaysia 2024
Maklumat lanjut mengenai LKM 2024 boleh didapati dengan melayari web YKM atau prtal LKM 2024 atau menghubungi talian 0322027493.