Politik

PRK DUN Nenggiri: BN didakwa mendahului di empat PDM

GUA MUSANG – Calon Barisan Nasional (BN) didakwa sedang mendahului di empat Pusat Daerah Mengundi (PDM), Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan majoriti 1003 undi.

Perkembangan tersebut dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan di Facebook miliknya sebentar tadi.

Asyraf Wajdi berkata, calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani kini mendahului dengan 1229 undi berbanding calon pas, Mohd Rizwadi Ismail (226 undi).

“BN mendahului dengan majoriti 1003 undi. Empat PDM terawal BN menang,” katanya.

Menurut Asyraf, Mohd Azmawi sedang mendahului di PDM Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera serta Kuala Sungai.

Terdahulu, peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Nenggiri mencecah 63.58 peratus setakat jam 2 petang tadi, maklum Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Peratusan itu sekali gus menyaksikan ia lebih tinggi berbanding peratus keluar mengundi PRK Sungai Bakap iaitu 63.45 peratus yang dicatatkan pada Julai lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button