Politik

[VIDEO] BN anjur pelbagai program sempena sambutan Jubli Emas tahun ini

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan pelbagai program dan agenda bersempena dengan sambutan Jubli Emas yang ke-50 pada tahun ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antaranya Konvensyen BN yang akan diadakan diperingkat negeri dan wilayah.

@malaysiatribune

Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan pelbagai konvensyen dan wacana di peringkat negeri dan kebangsaan bersempena sambutan Jubli Emas yang ke-50 tahun ini. #malaysiatribune #barisannasional #bn50tahun

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Sebagai permulaan, konvensyen ini akan dianjurkan d Kelantan dan Johor pada 8 Jun, dan kemudian diikuti di negeri lain.

“Konvensyen peringkat kebangsaan kita akan adakan dalam bulan Julai,” katanya.

Zambry berkata demikian ketika Majlis Pra-Pelancaran Sambutan Jubli Emas Barisan Nasional ke-50, di sini hari ini.

Seterusnya, BN akan turut menganjurkan beberapa siri forum, wacana dan ‘town hall’ di peringkat pusat dan negeri dengan tujuan mengadakan perbincangan dan menyegarkan pemikiran serta mewujudkan wacana politik yang baik untuk negara.

Ia turut menyentuh isu pemikir muda selain memberi peluang wakil BN dan ‘Friends of BN’ membentangkan suara hati mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button