Politik

Tak guna mengaku ‘orang Melayu’ kalau gagal pertahan agama Islam, Raja-Raja dan bangsa Melayu – Dr Akmal

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO hari ini berdiri atas dasar prinsip mempertahankan hak orang Melayu di dalam Malaysia.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berkata, tidak ada gunanya untuk mengaku sebagai ‘orang Melayu’ sekiranya kedaulatan agama Islam, bangsa Melayu dan Raja-Raja Melayu tidak dapat dipertahankan.

“Kalau tidak berani pertahan prinsip, buang baju Melayu yang tuan-tuan pakai. Pemuda UMNO akan kekal konsisten, siapa sekalipun yang melawan.

“Kita akan lawan sungguh-sungguh apabila kamu sentuh perkara ini,” katanya.

Dr Akmal berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Beliau turut memberi beberapa contoh mengenai isu yang menyentuh mengenai hak orang Melayu dan Islam, antaranya isu kalimah Allah pada kasut melibatkan sebuah rangkaian pasar raya, isu beras tempatan dan isu syarikat judi di sekolah.

“Pemuda UMNO lah yang menjadi suara paling lantang memperjuangkannya.

“Kita lawan, kita serang, kita kritik sampai terima ugutan bunuh pun, kita tak pernah takut!” kata Dr Akmal lagi.

Beliau turut mengingtkan para pimpinan parti dan perwakilan, mengenai janji beliau sejak hari partama memegang jawatan Ketua Pemuda.

“Dari hari pertama saya jadi Ketua Pemuda, saya dah pesan.

“Jalan yg kita pilih ini bukan jalan yang senang apatah lagi jalan untuk bersuka ria; Jalan ini kalau jiwa kita tak kuat, kalau nawaitu kita tak istiqamah, silap-silap kita yang ‘jalan’.

“Sebab apa, prinsip kita mudah, sahabat-sahabat Pemuda sekalian, prinsip Pemuda UMNO ini mudah, berani kerana benar,” kata Dr. Akmal lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button