Berita Semasa

Ibu MB Kedah meninggal dunia

ALOR SETAR – Ibu kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini hari ini.

Perkara tersebut disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim melalui pesanan WhatsApp kepada pemberita.

“Al-Fatihah. Bonda Menteri Besar Kedah, Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi tadi di HSB,” katanya.

Urusan pengebumian dan solat jenazah dijangka akan dilaksanakan petang ini.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarhamah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB sejak Isnin lepas.

Ketika itu, Meriam Ahmad, 74, ditidurkan setelah dipercayai mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya, di Sik.

Show More

Related Articles

Back to top button