Berita SemasaJenayah & Mahkamah

10 cedera dalam kebakaran reaktor kilang di Bintulu

BINTULU – Seramai 10 orang pekerja di sebuah kilang di Taman Perindustrian Samalaju, di sini cedera termasuk empat daripadanya melecur dalam kebakaran melibatkan tangki ‘bottom reactor’ semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGOB) Sarawak berkata, bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.24 petang dan sepasukan bomba dari balai Samalaju tiba di lokasi pada 6.28 petang.

Video kebakaran yang melibatkan letupan dan bebola api besar di udara itu tular selepas kejadian itu.

“Kebakaran berjaya dikawal oleh Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT) kilang tersebut sebelum ketibaan bomba. Pasukan bomba berada di lokasi sehingga 10.30 malam.

“Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut bagaimanapun tiada butiran terperinci mengenai keadaan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Show More

Related Articles

Back to top button