Berita Semasa

Kerusi DUN Mahkota ditandingi calon BN – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor pada 28 September ini akan ditandingi oleh calon dari parti Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, BN kini perlu bersiap sedia untuk menghadapi satu lagi pilihanraya yang diperuntukkan kepada parti itu selepas PRK DUN Nenggiri di Kelantan.

“Lazimnya persefahaman yang menjadi formula Kerajaan Perpaduan ialah kerusi-kerusi yang diwakili oleh mana parti dalam Kerajaan Persekutuan itu harus diserahkan atau ditandingi semula oleh parti berkenaan,” katanya pada sidang media Mesyuarat Sekretariat Majlis Pembanguna Usahawan dan PMKS Kebangsaan di sini hari ini.

Sehubangan itu Ahmad Zahid mengingatkan kepada semua pihak terutamanya pemimpin parti supaya tidak menuntut kerusi yang diperuntukkan kepada BN.

“Jadi saya tidak mahu kenyataan-kenyataan dikeluarkan mana-mana pemimpin besar atau kecil, menuntut mana-mana kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu  atau mengeluarkan kenyataan yang akhirnya menimbulkan persepsi yang sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai PRK yang ditetapkan pada 28 September ini oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas kematian ADUNnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zaid pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi.

Show More

Related Articles

Back to top button