Berita Semasa

Selangor bentang Belanjawan 2025 15 Nov

CYBERJAYA – Belanjawan 2025 bagi negeri Selangor akan dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada pukul 3 petang, 15 November ini.

Dijangkakan, belanjawan tersebut akan menggariskan beberapa inisiatif khusus bagi memacu ekonomi serta menarik pelaburan ke negeri Selangor.

Amirudin sebelum ini turut dilaporkan sebagai berkata, usaha berterusan perlu dilakukan untuk meneruskan momentum negeri sebagai penyumbang ekonomi terbesar negara sekali gus menjamin limpahan manfaat dinikmati rakyat.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) di Shah Alam, laporan mengenai pembentangan tersebut boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil

Orang ramai juga boleh menonton siaran langsung menerusi https://selangortv.my/ dan Facebook MediaSelangor.

Pembentangan tersebut akan turut disiarkan melalui media sosial Media Selangor seperti Instagram, X, Telegram, TikTok selain di MYTV MANA-MANA.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button