Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kematian Istiqomah satu khabar duka – Fadhlina

PETALING JAYA – Kematian seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi yang dipercayai dibunuh kenalan adalah satu perkhabaran yang amat mendukacitakan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dalam kenyataannya di media sosial, Fadhlina mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Istiqomah di atas pemergian guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 3, Johor itu.

“Menerima perkhabaran duka pemergian Allahyarhamah Cikgu Istiqomah.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Cikgu Istiqomah.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Mayat Istiqomah ditemui pada 31 Disember lalu di dalam tong sampah tanpa kepala dan tangan di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Melaka.

Semalam, polis mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada mayat yang ditemui itu sepadan dengan ibu Istiqomah.

Siasatan membawa penahanan pasangan suami isteri di Chemor, Perak yang mana suami adalah suspek utama kes dan direman semalam.

Show More

Related Articles

Back to top button