Lelaki cari kucing hidap AIDS tawar RM2,000
KAJANG – Seorang lelaki menawarkan ganjaran RM2,000 kepada orang ramai yang berjaya memulangkan kucing peliharaannya yang didakwa mengidap AIDS.
Lelaki dikenali sebagai Chong berkata, kucing berbulu putih miliknya itu didapati hilang sejak Selasa lalu dari kediamannya di Blok C4, Aras 5, Anggerik Villa 2 Apartment, Kajang.
Dalam notis tawaran ganjarannya, Chong berkata, haiwan peliharaan bernama XioBai itu memerlukan rawatan khusus bagi penyakitnya.
“Pada pagi selasa itu dia kemungkinan keluar dari rumah selepas mengekori ibu bapa saya membuka pintu dan kehilangannya disedari selepas itu.
“Setakat ini saya belum menerima sebarang panggilan atau makluman mengenai lokasi keberadaan XioBai yang kini berusia empat tahun.
“Saya merayu kepada sesiapa sahaja yang menjumpainya agar segera menghubungi saya ditalian 017-3612270,” katanya.
Chong berkata, dia akan memberikan ganjaran RM2,000 kepada sesiapa yang membawa kucing itu pulang dengan selamat kepangkuan mereka sekeluarga.