Berita Semasa

Isu Palestin: Meta beri pertimbangan kepada ketua, pemimpin negara

PUTRAJAYA – Pihak Meta yang memiliki Facebook bersetuju memberi pengecualian khas kepada pemimpin negara daripada tindakan penurunan hantaran berkait isu Palestin.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, persetujuan itu telah dinyatakan secara lisan oleh salah seorang daripada pegawai syarikat itu dalam satu pertemuan di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, satu bentuk pertimbangan akan diberikan kepada ketua dan pemimpin negara, menteri dan pegawai tinggi kerajaan untuk menyatakan isu Palestin.

“Perkara ini telah dijamin kepada saya secara lisan oleh pegawai yang agak tinggi di dalam Meta. Jadi saya nak lihat mereka ‘walk the talk’ ,” katanya.

Fahmi berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan kempen #KasiJadi J&T Express dan ulang tahun keenam syarikat penghantaran antarabangsa itu, di sini hari ini.

Kerajaan baru-baru menyatakan hasrat untuk bertemu dengan pihak Meta bagi membincangkan isu penurunan hantaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook yang berkait dengan pembunuhan pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh.

 

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button