Berita Semasa

Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena Ahad ini

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput menyertai Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, perhimpunan yang dijadual berlangsung pada pukul 8 malam itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Semua dijemput hadir! Himpunan Pembebasan Palestin dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Kita jumpa Ahad ini!,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Semalam, Perdana Menteri berkata, perhimpunan tersebut adalah antara tindakan bagi menyampaikan mesej bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dan menyokong perjuangan Palestin.

Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di utara Tehran dalam kejadian kira-kira 2 pagi waktu Iran, 31 Julai lepas.

Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Pada 24 Oktober tahun lepas, Himpunan Malaysia Bersama Palestin pernah diadakan di Axiata Arena yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

Show More

Related Articles

Back to top button