Luar Negara

Pezeshkian angkat sumpah jawatan Presiden Iran

TEHRAN – Reformis Iran, Masoud Pezeshkian mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan republik Islam itu di Parlimen semalam, pada majlis yang turut dihadiri pemimpin asing.

“Saya sebagai presiden, di hadapan kitab suci al-Quran dan rakyat Iran, bersumpah kepada Tuhan Maha Kuasa untuk menjadi penjaga agama rasmi, sistem Republik Islam dan perlembagaan negara,” katanya dalam upacara yang turut disiarkan secara langsung di stesen televisyen negara itu.

Pezeshkian, 69, dipilih sebagai presiden kesembilan Iran selepas undian semula pilihan raya presiden pada 5 Julai lalu.

Pezeshkian adalah pakar bedah jantung, memperoleh 16,384,403 undi manakala lawannya, Jalili, meraih 13,538,179 undi.

Pezeshkian, sebelum dipilih sebagai Presiden Republik Islam Iran, adalah seorang ahli Parlimen Iran yang kurang dikenali dan pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan.

Sebelum ini, dua cubaan beliau bertanding untuk jawatan presiden, masing-masing pada 2013 dan 2021, tidak berjaya.

Pada tahun 2013, beliau menarik diri daripada pertandingan memilih presiden dan menyokong bekas Presiden, Hashemi Rafsanjani, pada 2021, tetapi pencalonannya ditolak oleh Majlis Penjaga, badan pemeriksa tertinggi negara.

Show More

Related Articles

Back to top button