Berita Semasa

Program Protégé Yayasan LTAT tawar peluang pekerjaan untuk anak warga Pertahanan

KUALA LUMPUR – Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dengan kerjasama Global Turbine Asia Sdn Bhd (GTA), Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga), Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan BHIC AeroServices Sdn Bhd (BHICAS) telah menganjurkan Program Protégé Yayasan LTAT.

Program itu melibatkan penyertaan anak-anak warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta kakitangan awam Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Menurut YLTAT, inisiatif program itu ialah untuk menyediakan penempatan pekerjaan di bawah program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protégé) dalam pelbagai industri.

Antaranya katanya, melibatkan bidang farmaseutikal, aeroangkasa, minyak dan gas dan penerbangan bermula daripada kelayakan bagi lepasan ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

“Program rintis yang meletakkan YLTAT sebagai one-stop-centre dalam usaha pencarian calon telah menawarkan sebanyak 170 penempatan bagi tempoh 8 hingga 12 bulan bermula pada Ogos dan September 2024.

“Kolaborasi inovatif ini juga merupakan laluan khas bagi membantu menambah baik kesejahteraan taraf sosio-ekonomi anak-anak warga pertahanan serta menyumbang dalam pemacuan ekosistem tenaga kerja sekaligus melahirkan sumber manusia yang berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Program Protégé Yayasan LTAT tawar peluang pekerjaan untuk anak warga Pertahanan

Terdahulu, YLTAT telah menjalinkan kolaborasi strategik bersama GTA semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Perjanjian kolaborasi itu disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
.
Pihak YLTAT, GTA, Pharmaniaga, BHPetrol dan BHICAS mengalu-alukan sokongan dan penyertaan daripada semua pihak termasuk pihak kementerian, agensi-agensi, pemain industri serta institusi berkaitan dalam usaha melaksanakan usaha murni ini.

Show More

Related Articles

Back to top button