Luar NegaraSukan

Kebersihan Sungai Seine, triathlon Olimpik ditunda

PARIS – Acara triathlon lelaki Sukan Olimpik yang dijadualkan berlangsung hari ini ditunda beberapa jam sebelum bermula selepas ujian kualiti air Sungai Seine mendapati ia masih berada pada tahap tidak selamat.

Keputusan itu dilihat sebagai satu tamparan hebat kepada pegawai Olimpik yang sebelum ini berulang kali memberi jaminan keselamatan untuk atlet berenang di Sungai Seine.

Menurut pihak penganjur, acara lelaki akan ditunda selama 24 jam dan dijadualkan berlangsung selepas berakhirnya acara wanita esok.

Dalam kenyataan bersama, Paris 2024 dan Triathlon Dunia, pencemaran air dikatakan masih tinggi akibat hujan lebat yang melanda ibu negara Perancis pada Jumaat dan Sabtu lalu.

“Paris 2024 dan Triathlon Dunia mengulangi pendirian bahawa keutamaan mereka adalah kesihatan para atlet.

“Hasil ujian dari Seine hari in, menunjukkan tahap kualiti air yang tidak memberikan jaminan mencukupi untuk membolehkan acara ini diadakan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, pihak penganjur sudah membatalkan sesi latihan di Seine pada Ahad dan Isnin lalu kerana kualiti air yang tidak selamat akibat cuaca hujan minggu lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button