Politik

Isu derma syarikat arak: Pendirian mengecewakan, PAS mungkin tidak bersama GERAKAN PRU-16

KUALA LUMPUR – PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), GERAKAN yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Fadhli Shaari berkata, pendirian rasmi GERAKAN dalam isu derma kepada sekolah daripada hasil arak sangat mengecewakan.

“Jika inilah yang selalu ditonjolkan oleh GERAKAN, PRU16 nanti tidak mustahil kita tidak boleh bersama dalam satu ikatan politik,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Sebelum ini media melaporkan, GERAKAN senada dengan DAP supaya syarikat berkaitan arak atau rokok tidak dihalang untuk memberi dana kepada sekolah aliran Cina.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau mendakwa, ini kerana sekolah aliran Cina selama ini tidak diberikan dana mencukupi oleh Kerajaan Pusat untuk beroperasi.

Jelas beliau, segala fasiliti dan kemudahan yang disifatkan terbaik yang dimiliki sekolah aliran Cina ketika ini adalah hasil sumbangan dana pihak luar bukan sahaja daripada syarikat besar, malah golongan peniaga kecil dan penjaja.

Show More

Related Articles

Back to top button