Berita SemasaLuar Negara

Kementerian Luar nafi tuduhan tidak bertindak isu protes Bangladesh

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyanggah dakwaan sesetengah pihak yang menuduh Kementerian Luar tidak bertindak dan mengabaikan keselamatan pelajar Malaysia di Bangladesh.

Beliau menyeru pihak tersebut supaya bertenang dan tidak menyebarkan maklumat yang boleh memburukkan keadaan dan menimbulkan kepanikan.

“Saya berharap agar pihak yang menyebarkan berita palsu yang mengatakan Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia tidak berbuat apa-apa supaya bertenang.

“Sejak hari pertama, ibu pejabat di Wisma Putra telah berurusan dengan kedutaan kita di Dhaka, dan saya sendiri turut terlibat, kadang-kadang dua hingga tiga kali sehari semasa komunikasi masih lancar sehingga menjadi terhad,” katanya dalam sidang media khas di sini, hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai maklum balas terhadap tuduhan kerajaan tidak mengambil berat dan enggan membawa pulang rakyat Malaysia yang terjejas akibat rusuhan yang semakin memuncak di Bangladesh.

Show More

Related Articles

Back to top button