Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Ibu Nur Farah Kartini buat ujian DNA

HULU SELANGOR – Ibu kepada mangsa bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini sebentar tadi untuk membuat ujian DNA.

Perkara itu dimaklumkan abang mangsa, Mohd Fariza Amir Abdullah, 28, yang dihubungi, hari ini, lapor Harian Metro.

Difahamkan, urusan menuntut jenazah akan dilakukan sebaik sahaja urusan pengambilan sampel DNA ibu mangsa di Hospital Kuala Kubu Bharu, selesai.

Terdahulu, petugas media berkumpul di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, sejak pukul 7 pagi tadi selepas mendapat makluman ibu mangsa akan membuat ujian DNA.

Bagaimanapun atas arahan pihak polis ujian itu dibuat di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Nur Farah Kartini yang juga graduan UPSI dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang kelmarin dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Show More

Related Articles

Back to top button