Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kes HRD Corp : Sembilan individu telah dipanggil SPRM

PUTRAJAYA – Sembilan individu dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memberi keterangan berhubung siasatan ke atas Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Sumber berkata, proses rakaman keterangan ke atas semua sembilan saksi termasuk kakitangan HRD Corp itu akan dijalankan secara berperingkat bermula esok.

“Buat masa ini, SPRM sedang mengkaji dokumen-dokumen yang diambil daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

“SPRM akan merakam keterangan sembilan saksi mulai esok (Khamis),” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Bagaimanapun, sumber mengesahkan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Semalam, SPRM dilaporkan hadir ke bangunan KESUMA untuk mendapatkan dokumen berkait pengurusan kewangan syarikat milik kerajaan, HRD Corp.

Kehadiran lima pegawai SPRM kira-kira pukul 11.30 pagi tadi itu dipercayai susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mengenai agensi itu baru-baru ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin bin Hashim berkata, fokus siasatan tertumpu kepada isu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan di bawah Akta SPRM 2009.

Show More

Related Articles

Back to top button