Luar Negara

Parti Buruh dijangka bentuk kerajaan hari ini

LONDON – Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum (PRU) United Kingdom (UK) menunjukkan Parti Buruh berjaya menang dengan majoriti yang besar sekaligus menamatkan pegangan Parti Konservatif terhadap kerajaan selama 14 tahun.

Difahamkan, pemimpin Parti Buruh, Keir Rodney Starmer, mungkin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri UK yang baharu hari ini (waktu tempatan) selepas Raja Charles III secara rasmi menjemput mereka untuk membentuk kerajaan.

Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan Parti Buruh memenangi 410 kerusi, Konservatif (131), Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).

Keputusan ini akan memberikan Parti Buruh majoriti 170 kerusi, berbeza dengan keputusan PRU UK pada 2019, di mana Parti Buruh ketika itu kalah tipis dengan memenangi 344 kerusi berbanding Konservatif yang berjaya meraih 365 kerusi.

Jika unjuran berdasarkan tinjauan ini tepat, parti kiri tengah yang diketuai Starmer akan kembali berkuasa dengan majoriti besar selepas 14 tahun kerajaan berhaluan kanan di bawah konservatif memimpin UK.

Perdana Menteri terdahulu merangkap pemimpin Konservatif, Rishi Sunak, membawa Parti Konservatif mencapai keputusan terburuk mereka dalam beberapa dekad.

Konservatif berkuasa sejak 2010 dan negara itu menyaksikan pertukaran lima pemimpin pada masa itu – termasuk tempoh huru-hara pada 2022 apabila UK mempunyai tiga Perdana Menteri dalam tempoh beberapa minggu.

Show More

Related Articles

Back to top button