Politik

Noh bagi alasan ‘low class’ – Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tan Sri Noh Omar yang beliau menyertai BERSATU kerana kecewa dengan nasib menimpa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebenarnya satu alasan ‘low class’.

Menurut ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi sebaliknya mendakwa, keputusan Noh itu sebenarnya kerana beliau mengidam menjadi calon Parlimen Tanjung Karang kerana yakin kerusi berkenaan akan dikosongkan.

Malah, katanya, alasan dinyatakan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu menunjukkan beliau sanggup menjual nama Najib demi melompat ke BERSATU.

“Noh masuk BERSATU kerana kecewa permohonan Najib ditolak mahkamah dua hari lalu. Sanggup jual nama Najib untuk lompat parti. ‘Low class’ punya alasan.

“Noh bukan die hard (peminat setia) Najib. Apa dia boleh buat untuk membela Najib kalau masuk BERSATU?” kata Puad Zarkashi dalam satu hantaran di akaun Facebookmiliknya, hari ini.

Puad berkata, hakikatnya, BERSATU adalah parti yang amat mengharapkan bekas Perdana Menteri itu dipenjarakan.

“(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan BERSATU lagi kuat mahu Najib dipenjarakan. Lagi lama ditahan lagi bagus,” katanya.

Semalam, Noh yang juga mantan Ahli Parlimen Tanjung Karang dan dipecat daripada UMNO pada 2023 atas kesalahan melanggar disiplin parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), membuat pengumuman bahawa beliau menyertai BERSATU.

Noh berkata, beliau menyertai parti berkenaan menerusi permohonan dalam talian kelmarin dengan mengisi borang dan terus diterima.

Show More

Related Articles

Back to top button