Berita Semasa

Nonny Nadirah kejutkan peminat dengan imej botak

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah Zainuddin, menggemparkan pengikutnya di Instagram apabila tampil dengan imej botak menerusi satu hantaran video yang dipaparkan di laman sosialnya.

Nonny, 34, kelihatan membuka bajunya dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum bertindak memotong rambutnya dengan mesin pencukur sambil memakai cermin mata hitam.

Bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima itu menimbulkan banyak tanda tanya dengan tindakannya, apabila ruangan komentar di klip video tersebut ditutup.

Sehubungan itu, ia tidak dapat dipastikan sama ada tindakan Nonny adalah untuk memenuhi tuntutan watak untuk projek terbaharu atau beliau mempunyai masalah lain seperti kesihatan.

Terdahulu, dilaporkan bahawa artis yang berasal dari Sabah itu mendedahkan yang dirinya semakin pulih daripada gangguan sihir.

Nonny turut mendedahkan dirinya di Instagram mendakwa wajahnya menjadi senget sebelah akibat gangguan sihir, sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.

Show More

Related Articles

Back to top button