Berita Semasa

SESB terpaksa tutup bekalan elektrik akibat banjir

PENAMPANG – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan pihaknya terpaksa menutup bekalan elektrik di daerah Penampang berikutan banjir yang melanda kawasan tersebut.

SESB dalam satu hantaran di akaun Facebooknya berkata, para pengguna turut dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan pemasangan bekalan elektrik miliknya bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“SESB memohon maaf atas segala kesulitan dan menjangkakan ada sedikit kelewatan pembaikan bekalan kerana banyak laluan ditenggelami air atau keadaan banjir tidak membenarkan pihak SESB untuk lakukan pembaikan,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, JKR Sabah dalam satu kenyataan berasingan memberitahu, banjir kilat turut menyebabkan beberapa jambatan di Jalan Limbanak dan Jalan Pukakon-Pomotodon dinaiki air serta boleh membahayakan situasi kepada pengguna.

Buat masa ini juga tiada jalan alternatif untuk pengguna di kedua-dua jalan tersebut.

Banjir kilat juga berlaku di beberapa kawasan sekitar Sipitang antaranya Jalan Kota Kinabalu-Sindumin, kawasan Pekan Sipitang dan Pasar Awam Sipitang.

Show More

Related Articles

Back to top button