Berita Semasa

90 murid, 9 guru sekolah menengah alami keracunan makanan

BATU PAHAT – Seramai 90 orang murid termasuk 9 guru sebuah sekolah menengah di sini mengalami gejala keracunan makanan selepas menikmati hidangan di kantin sekolah berkenaan, Khamis lepas.

Insiden itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, lapor portal Scoop, hari ini.

Menurut Tian Soon, 11 daripada mangsa dilapor mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan klinik swasta berhubung gejala dialami.

“Ya 99 orang, dengan 90 pelajar dan sembilan guru ini alami gejala selepas makan di kantin hingga 11 daripada mereka ke klinik, manakala mangsa lain belum mendapatkan rawatan kerana mungkin simptom lebih ringan,” katanya dalam laporan tersebut.

Tian Soon menambah, arahan penutupan sementara premis sudah dikeluarkan segera ke atas pengusaha kantin selama dua minggu, bermula Jumaat lalu hingga 11 Julai depan.

“Arahan tutup sementara premis ini sudah dikeluarkan dan pihak Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat mengunjungi premis terbabit untuk tindakan susulan.

“Sampel makanan itu juga diambil dan sudah dihantar ke lab (makmal) untuk pemeriksaan,” katanya lagi.

Difahamkan, makanan dinikmati pelajar dan guru itu adalah ayam gunting.

Show More

Related Articles

Back to top button