Luar Negara

Gelombang haba terik landa Karachi, ribuan terpaksa dirawat

Sekurang-kurangnya 25 maut akibat strok haba

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala ribuan lagi dimasukkan ke hospital akibat strok haba semasa gelombang haba terik melanda Karachi, sejak tiga hari lalu.

Laporan Xinhua hari ini yang memetik media tempatan berkata, ramai pesakit mengalami dehidrasi akibat suhu tinggi namun telah dibenarkan keluar selepas menerima rawatan awal.

Bagaimanapun, beberapa individu yang mempunyai masalah seperti penyakit jantung dan kanser, masih ditahan di hospital bagi rawatan lanjut.

Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, suhu maksimum melepasi paras 40 darjah Celsius sejak tiga hari lalu, disebabkan oleh penggantungan angin laut ke bandar itu.

Jabatan cuaca meramalkan angin laut akan kembali ke Karachi mulai petang ini, menyebabkan penurunan suhu secara beransur-ansur.

Show More

Related Articles

Back to top button